SERANGAN PENGEBOM BERANI MATI DI DALAM MASJID KORBANKAN 29 NYAWA


Sekurang-kurangnya 29 maut manakala 64 lagi cedera dalam serangan pengebom bunuh diri di Afghanistan.

Serangan berlaku apabila penyerang meletupkan dirinya di sebuah masjid di wilayah Herat. Masjid berkenaan merupakan masjid kariah Syiah terbesar di negara itu.

Insiden tersebut berlaku ketika para jemaah sedang menunaikan solat, dengan kira-kira 300 jemaah berada di dalam masjid.

Sepuluh daripada mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal. Saksi mendakwa berlaku letupan kedua sejurus selepas letupan pertama.

Namun, perkara tersebut tidak dapat disahkan.

Kumpulan militan Daish kemudiannya mengaku bertanggungjawab melakukan serangan pengebom bunuh diri itu.

Ahli keluarga mangsa mengadakan protes terhadap serangan itu dan menyeru kerajaan untuk melindungi puak Syiah.
Newest
Previous
Next Post »